Tuisyen Intensif SPM 2010
Monday, 26 July 2010 11:46
azura binti mazlan
JADUAL WAKTU PROGRAM TUISYEN INTENSIF SPM 2010
SMK SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, JOHOR BAHRU
| PERKARA / GURU |
HARI / MASA |
MATEMATIK TAMBAHAN En. Zamri Bin Nasiri |
Isnin & Jumaat 2.30 - 3.30 pm |
BIOLOGI Pn. Maryam Rabi'ah Pony Bt Hj Ahmad Shah |
Selasa 2.30 - 4.30 pm |
FIZIK Pn. Fazilah Bt Razali |
Rabu 2.30 - 4.30 pm |
KIMIA Mr. Suresh A/L Ramasamy |
Khamis 3.00 - 5.00 pm |
MATEMATIK En. S.Mugunen A/L Chendu |
Rabu 2.30 - 4.30 pm |
SAINS Pn. Siti Sakora Bt Wahab |
Khamis 2.30 - 4.30 pm
|
Last Updated on Monday, 26 July 2010 12:20
|
Program Konsultasi Akademik Berfokus 2010
Monday, 28 June 2010 15:49
azura binti mazlan
Program ini dilaksanakan untuk memberikan peluang dan ruang kepada guru matapelajaran berbincang dengan ibu bapa pelajar mengenai kemajuan dan prestasi pencapaian akademik anak-anak mereka di sekolah ini. Ibu bapa dapat mengenalpasti masalah pelajar dalam setiap matapelajaran yang diambil serta mengenalpasti kelemahan dan kekuatan pelajar yang perlu diperbaiki dan ditingkatkan secara objektif.
Untuk maklumat lanjut, sila klik DI SINI
Last Updated on Monday, 28 June 2010 16:47
MAJLIS PERSARAAN PUAN LEE GEOK ENG
Tuesday, 25 May 2010 11:46
azura binti mazlan
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa SMK Sultanah Engku Tun Aminah, Johor Bahru akan mengadakan Majlis Persaraan Puan Lee Geok Eng (Guru Biologi 1982-2010) pada 31 Mei 2010 (Isnin), jam 1.10-2.30 petang bertempat di Dewan Putri Tun Maimunah, SMK SETA...
Last Updated on Tuesday, 25 May 2010 12:15
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010
Tuesday, 18 May 2010 23:36
Mohd Hanapi
Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Menengah Atas (Tingkatan 5) berrmula pada hari ini, 18 Mei 2010 hingga hari Jumaat - 4 Jun 2010. Peperiksaan bagi Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) pula akan bermula pada hari Khamis - 27 Mei 2010 sehingga Jumaat 4 Jun 2010.
Pelajar boleh menyemak jadual peperiksaan di sini
Jadual Peperiksaan : Tingkatan 5 | Tingkatan 3
Kepada semua pelajar, selamat menduduki peperiksaan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang!
Kejayaan SETA dalam MSSD
Wednesday, 31 March 2010 11:58
Liew S.L
2 Perak dan 3 Gangsa untuk SETA dalam MSSD Johor Bahru yang telah berlangsung pada 9 hingga 13 Mac di Stadium Larkin. Ani Najihah Mohd Zain (3F) mendapat Gangsa dalam acara lontar peluru P15, Chan Zi Kian (1C) mendapat Gangsa acara larian 200m P13 dan Perak dalam acara larian 100m P13,Wong Sher Min (5A) mendapat Gangsa dalam acara lompat tinggi P18 dan Aufa Bahreena Hamzah (1A) mendapat Perak dalam acara lompat tinggi P13. Syabas kepada semua atlit SETA yang telah mengharumkan nama SETA.
7 Emas Lagi Untuk SETA Dalam Kejohanan Renang MSSJ 2010
Tuesday, 09 March 2010 10:35
Liew S.L
Wong Shi Min (1B) sekali lagi mengharumkan nama SETA di Kejohanan Renang MSSJ yang berlangsung di Batu Pahat pada 2 hingga 4 March baru-baru ini. Shi Min mengaut 7 Emas dalam Acara Rampaian 200m, Acara Gaya Bebas 100m dan 50m, Acara Gaya Lentang 100m, Acara Gaya Kupu-kupu 200m, Acara Relay Rampaian 4x100m dan Acara Relay Gaya Bebas 4x100m. Manakala 6 Perak diperolehi dalam Acara Gaya Bebas 200m, Acara Gaya Lentang 200m dan 50m, Acara Gaya kupu-kupu 100m dan 50m serta Acara Gaya Dada 200m. 2 Gangsa diperolehi dalam Acara Gaya Dada 100m dan 50m. Syabas, Shi Min. Teruskan usaha anda. Semua warga SETA bangga dengan kejayaan yang gemilang ini.
Last Updated on Tuesday, 09 March 2010 10:45
Rumah Nilam Juara Kejohanan Olahraga SETA 2010
Monday, 08 March 2010 22:02
Liew S.L
Rumah Nilam mendapat Johan keseluruhan pada Kejohanan Olahraga SETA tahun ini. Selain itu, Kumpulan Sorak Nilam yang bertemakan 'Nilam Merak' juga mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Sorak. Pasukan Perbarisan Delima mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Perbarisan manakala Pasukan Kadet Polis mendapat tempat pertama bagi kategori Perbarisan Unit Beruniform. Navina Purnima (5F) dipilih sebagai Olahragawati kumpulan P18, Ani Najihah Mohd Zain (3F) dipilih sebagai Olahragawati kumpulan P15 dan Mathani A/P Ramasamy (1F) dipilih sebagai Olahragawati kumpulan P13. Tahniah sekali lagi kepada semua pasukan.
Last Updated on Monday, 08 March 2010 22:15
|
|
|
|
Page 1 of 4 |