Selamat Tahun Baru
Sunday, 04 January 2009 22:36
administrator
Warga SMK SETA mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2010 dan selamat datang ke SMK SETA bagi memulakan sesi persekolahan bermula pada 4 Januari 2010. Semoga semua guru dan pelajar kembali ke SETA dengan penuh bersemangat dan keazaman yang tinggi. Tahun 2010 ini menantikan lakaran kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum seperti mana yang telah di catatkan pada tahun 2009. Kepada pelajar yang pertama kali menjejakkan kaki ke SETA, semoga anda dapat menyesuaikan diri dalam persekitaran yang baru.
Last Updated on Thursday, 11 February 2010 09:16
|
Orientasi Pelajar Tingkatan 1/2010
Thursday, 31 December 2009 11:39
Nur Haliza Saibun
Semua pelajar yang telah melapor diri di SMK SETA dikehendaki hadir ke Majlis Orientasi pada hari Jumaat, 1 Januari 2010 bermula jam 7.20 pagi di Dewan Puteri Maimunah, SMK SETA. Ibubapa yang ingin menunggu anak-anak mereka semasa Orientasi berlangsung boleh menunggu di Bilik SAL. Pelajar-pelajar akan diberi taklimat berkaitan sekolah, disiplin, peraturan sekolah, kokurikulum, rumah sukan dan penjurusan kelas tingkatan 1.
Last Updated on Tuesday, 09 February 2010 21:48
Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1/2010
Wednesday, 31 December 2008 00:00
Nur Haliza Saibun
Pendaftaran Pelajar-pelajar Tingkatan 1 sesi 2010 akan dibuka pada 31 Disember 2009. Ibubapa hendaklah datang ke sekolah bersama anak yang ingin didaftarkan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Ibubapa diingatkan agar dapat membawa bersama surat panggilan ke SMK SETA beserta kad pengenalan atau sijil lahir pelajar, slip keputusan UPSR dan borang maklumat yang telah dilengkapkan.
Last Updated on Tuesday, 09 February 2010 21:49
Tahniah SMKSETA
Tuesday, 17 November 2009 09:59
Nur Haliza Saibun
SMK SETA dengan bertemakan SETA Mesra Alam telah mencatat kegemilangan dan melakar sejarah apabila berjaya memenangi Naib Johan Anugerah 3K Peringkat KEBANGSAAN tahun 2009. Alhamdulillah, segala usaha yang telah disemai oleh pelbagai pihak termasuk guru-guru, pelajar, staf sokongan dan pihak luar seperti MBJB, SWM, JBiotech berjaya membuahkan hasil. Terima kasih diucapkan kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kesungguhan dan semangat kekitaan, serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Augerah 3K sehingga SMK SETA berjaya menjadi sekolah kedua terbaik dalam Kebersihan, Kesihatan dan Keselamatan di seluruh negara. Semoga kita akan terus melakar kejayaan pada tahun akan datang.
Last Updated on Tuesday, 09 February 2010 21:48
Seta Terus Gemilang
Wednesday, 31 December 2008 00:00
Nur Haliza Saibun
Anugerah Pencapaian Akademik PMR 2009
Dalam Majlis Anugerah Cemerlang Anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Johor yang lepas, SMK SETA telah mencatat kecemerlangan dalam peperiksaan PMR 2009 dan dianugerahi Anugerah PMR Terbaik Sekolah Harian Bandar. Semoga SMKSETA dapat mengekalkan pencapaian ini dan terus mencatat kegemilangan.
Last Updated on Tuesday, 09 February 2010 21:49
|
|
|
|
Page 4 of 4 |