Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah, SMKSETA Online

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
SMK SETA Online

Rumah Nilam Juara Kejohanan Olahraga SETA 2010

E-mail Print PDF

Rumah Nilam mendapat Johan keseluruhan pada Kejohanan Olahraga SETA tahun ini. Selain itu, Kumpulan Sorak Nilam yang bertemakan 'Nilam Merak' juga mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Sorak. Pasukan  Perbarisan Delima mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Perbarisan manakala Pasukan Kadet Polis mendapat tempat pertama bagi kategori Perbarisan Unit Beruniform. Navina Purnima (5F) dipilih sebagai Olahragawati kumpulan P18, Ani Najihah Mohd Zain (3F) dipilih sebagai Olahragawati kumpulan P15 dan Mathani A/P Ramasamy (1F) dipilih sebagai Olahragawati kumpulan P13. Tahniah sekali lagi kepada semua pasukan.

Last Updated on Monday, 08 March 2010 22:15
 

Ujian Bulan Mac 2010

E-mail Print PDF

Ujian bulan Mac 2010 akan diadakan pada minggu ini.  Ujian bagi pelajar Menengah Atas (Tingkatan 4 dan 5) akan berrmula pada hari Selasa, 9 Mac 2010  hingga hari Jumaat - 12 Mac 2010. Ujian bagi Menengah Rendah (Tingkatan 1, 2 dan 3) akan bermula  pada hari Rabu - 10 Mac 2010 sehingga Jumaat 12 Mac 2010.

Pelajar boleh menyemak jadual peperiksaan di sini

Kepada semua pelajar, selamat menduduki peperiksaan dan semoga mendapat keputusan yang cemerlang!

Last Updated on Monday, 08 March 2010 20:11
 

Kejohanan Olahraga SETA Ke-39 Tahun 2010

E-mail Print PDF

Kejohanan Olahraga SETA yang dinanti-nantikan akhirnya menjelang. Pada 6 March ini, majlis yang gemilang ini akan diadakan di Stadium Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin. Majlis akan bermula pada 7.30 pagi dan akan dirasmikan oleh Tn Haji Nazri Awang, iaitu YDP PIBG SETA.

Last Updated on Friday, 05 March 2010 20:08
 

Pertandingan Bola Jaring P18 MSSD Johor Bahru

E-mail Print PDF

Pasukan Bola Jaring SMK SETA akan menyertai Pertandingan Bola Jaring P18 MSSD Johor Bahru yang bertempat di SR (C) Foon Yew 2 pada 5 hingga 7 March.

Last Updated on Friday, 05 March 2010 19:59
 

Raptai Hari Sukan SETA 2010

E-mail Print PDF

Raptai Hari Sukan SETA 2010 akan diadakan di padang sekolah dari 7.30 pagi hingga 8.10 pagi Jumaat (5 March) ini. Semua pelajar yang mengambil bahagian dalam perbarisan diwajibkan hadir. Pelajar sesi petang yang terlibat juga diwajibkan hadir untuk raptai tersebut.

Last Updated on Thursday, 04 March 2010 19:23
 

SETA Mengaut 5 Emas Dan 8 Perak Dalam Kejohanan Renang MSSD JB 2010

E-mail Print PDF

Syabas kepada Wong Shi Min dari kelas 1 Bersih yang mencapai kejayaan yang gemilang ini pada 10 dan 11 Februari di Pertandingan Kejohanan Renang MSSD Johor Bahru 2010 yang telah diadakan di Kompleks Mutiara Johor Land. Acara yang mendapat pingat Emas adalah acara Gaya Kupu-kupu 50m dan 200m, acara Gaya Lentang 50m, acara Gaya Bebas 50m dan 100m. Manakala acara yang mendapat pingat Perak terdiri daripada acara Gaya Kupu-kupu 100m, acara Gaya Lentang 100m dan 200m, acara Gaya Dada 50m, 100m dan 200m, acara Gaya Bebas 200m dan acara Rampaian 200m. Seta bangga dengan kejayaan anda, Shi Min. Teruskan usaha anda.

Last Updated on Thursday, 25 February 2010 22:28
 

Rumah Nilam Mendapat Tempat Pertama Sukantara 2010

E-mail Print PDF

Berikut merupakan keputusan Sukantara SETA 2010. Syabas kepada Rumah Nilam yang berjaya mendapat Tempat Pertama.

Sesi Petang Sesi Pagi Keseluruhan
1. Zamrud : 107 1. Nilam : 151 1. Nilam : 255
2. Nilam : 104 2. Topaz : 115 2. Zamrud : 207
3. Topaz : 88 3. Zamrud : 100 3. Topaz : 203
4. Delima : 86 4. Delima : 78 4. Delima : 164
Last Updated on Wednesday, 24 February 2010 08:32
 


Page 2 of 4

Galeri SMKSETA

SMKSETA Gallery

e_Guru

Question Bank

Sembang Maya

Latest Message: 1 month, 3 weeks ago

Only registered users are allowed to post

Waktu Solat