SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN
SULTANAH ENGKU TUN AMINAH, TEL : 07 - 2237033
80100 JOHOR BAHRU FAKS: 07 - 2212101
Ruj Kami: JEB 1007/08/02/003/JLD II/(1)
28HB JUN 2010
Kepada;
Semua Ibu Bapa/Penjaga ,
Pelajar Sesi Pagi dan Petang,
Tuan/Puan,
PROGRAM KONSULTASI AKADEMIK BERFOKUS 2010
Dengan hormatnya perkara tersebut di atas adalah dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan program tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:
|
TARIKH/HARI |
MASA |
TINGKATAN |
|
3hb Julai 2010 ( Sabtu ) |
8.00 hingga 12.30 tgh |
1 & 3 |
|
7hb Julai 2010 ( Rabu ) |
9.00 hingga 12.30 tgh |
2 |
|
|
2.30 hingga 4.30 ptg |
5 |
|
28hb Julai 2010 ( Rabu ) |
2.30 hingga 4.30 ptg |
4 |
3. Program ini memberi peluang dan ruang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru-guru matapelajaran berkaitan seperti yang disenaraikan dalam Lampiran bagi membincangkan prestasi pelajaran anak-anak tuan/puan.
4. Sehubungan itu, kami sangat mengharapkan kerjasama tuan/puan untuk hadir dan menepati masa yang ditetapkan agar program tersebut akan berjalan dengan lancar dan proses pengajaran dan pembelajaran pada hari berkenaan tidak terganggu. Kehadiran tuan/puan ini amat penting bagi memastikan anak-anak kita akan mencapai prestasi cemerlang dalam peperiksaan yang akan dihadapi.
Sekian, Terima Kasih.
”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
Saya Yang Menurut Perintah,
..................................................................
(HJH SITI RAUDAH BINTI MOH)
Pengetua
s.k Tuan PPD
YDP PIBG
SMK Sultanah Engku Tun Aminah,JB








