Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah, SMKSETA Online

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Kenali Kami Tinta Pengetua

Tinta Pengetua

E-mail Print PDF

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan rahmatNya, SMKSETA Online yang merupakan laman web rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah dapat disempurnakan dengan jayanya. Melalui kesempatan ini juga saya ingin merakam ucapan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dalam usaha membina laman ini.

SMKSETA Online, sesuai dengan namanya seharus menjadi gerbang maklumat kepada semua pengunjung untuk mengetahui secara lebih mendalam lagi mengenai Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Engku Tun Aminah serta perkembangannya. Malah ia merupakan salah satu langkah utama yang diambil oleh pihak sekolah untuk menyediakan SMK SETA seiring dengan perkembangan Teknologi Maklumat (IT).

Pembinaan laman web ini adalah sejajar dengan cita-cita dan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang mampu melahirkan golongan celik komputer serta bersaing di persada dunia. Ini sekali gus menepati kehendak Wawasan 2020 yang meletakkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai negara maju.

Sekali lagi saya mengucapkan ribuan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Sekian, wassalam.

 

Galeri SMKSETA

SMKSETA Gallery

e_Guru

Question Bank

Waktu Solat