Sekolah Menengah Sultanah Engku Tun Aminah, SMKSETA Online

  • Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home SETA Gemilang Program Khas

Program Khas SMK SETA

E-mail Print PDF
PROGRAM KHAS SEKOLAH SMK SETA

1. Program Pengantarabangsaan

Program ini telah dimulakan pada tahun 2000. Ia bertujuan untuk membawa guru-guru dan pelajar termasuk pengawas melawat ke Negara luar untuk menimba pengalaman dan belajar daripada kejayaan sekolah-sekolah luar Negara. Di antara Negara yang telah dilawati adalah:

· Jepun-2000
· Australia-2001
· New Zealand-2002
· Thailand-2004
· Hong Kong-2006

2. Program Pertukaran Kebudayaan dan Pendidikan

Satu Memorandum of Understading (MOU) ditangani di antara Takarazuka-Kita Senior High School (TKSHS), Hyogo, Jepun dan SMK Sultanah Engku Tun Aminah bersama Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor pada 13 Ogos 1999. Kunjungan pelajar dan guru dari TKSHS ke SMK SETA secara ‘homestay’ bermula pada tahun 1999, dan disambung pada 2001, 2002, 2003, 2005 dan 2007.

3. Majlis Sejambak Kasih Serangkai Budi

Majlis ini adalah satu upacara yang unik pada SMK SETA dan tidak pernah diadakan oleh mana-mana sekolah di Johor Bahru. Majlis isitimewa ini merupakan tradisi sekolah yang bermakna dan melafazkan penghargaan pelajar tingkatan 5 pada tahun akhir di sekolah kepada guru-guru mereka. Sebagaimana datangnya mereka ke sekolah sewaktu di tingkatan 1 disambut, tamat persekolahan pula diturut. Tradisi ini dimulakan pada tahun 2001 dan telah diteruskan selama enam tahun.
Lawatan ke Jepun 2000
 
Lawatan ke Australia
 
Lawatan ke New Zealand
 
Lawatan Guru dan pelajar Takarazuka-Kita, Jepun ke SMK SETA
 
Pertukaran Cenderamata di antara Takarazuka-Kita dan SMK SETA
 

Galeri SMKSETA

SMKSETA Gallery

e_Guru

Question Bank

Waktu Solat